Sunday, 2 June 2013

special for kak lonn (◕‿◕✿)


Kau dan aku sama
Kita kejar impian yg sama
Kita cuba dan terus mencuba
Biar besar risiko di depan mata

Langsing itu bukan untuk bergaya
Langsing itu untuk kepuasan jiwa
Kita ikut hawa jiwa
Kita sampahkan bicara mereka

Kerana 
jiwa berkobar untuk mencapainya
Kita besarkan obor di dada
Dan meneruskan perjuangan kita

Kita tegaskan pada dunia
Ini bukan obsesi
Tapi keperluan pada diri

Ayuhlah kita meraih apa diimpi
Kerna nikmatnya pasti kan dikecapi
Dan ingatlah kau ada aku disisi
Berjuang bersama mengahala destinasi

Saturday, 1 June 2013

Aku tak punya ayah yang jutaan



Aku tak punya ayah yang jutaan
Aku tak punya ayah yang kaya raya
Aku tak punya ayah yang berkereta mewah
Aku tak punya ayah yang bergaji ribuan

Tapi,
Aku punya abah yang besar jiwanya
Aku punya abah yang sayang anak-anaknya
Aku punya abah yang pemurah dalam segala benda
Aku punya abah yang ringan tangan membantu sesiapa saja

Sifat jiwanya yang besar murah dengan senyuman
Sifat sayangnya tak pernah membiarkan keinginan ku diketepikan
Sifat pemurahnya tak pernah menolak pertolongan yang diminta kepadanya
Sifat ringan tangannya menjadikan dia tak lekang bercucuk taman dan menternak

Dia abah yang menanggung dosaku
Sewaktu kecil abah selalu membantu orang yang tak dikenalinya
Membawa pulang ke rumah menyediakan makan dan malah memberi wang
Saat itu aku bingung dan memarahi abah kerana selalu berprasangkan baik
Manalah tahu orang-orang itu jahat niatnya.

Dia abah yang sabar dan terbaik buatku
Kini aku dewasa perjalanan aku jauh merata
Melihat dunia luar membuatkan aku teringat pada abah
Saat jauh dengan keluarga dan kesorangan di bumi asing
Aku rindu dengan abah aku kini jelas dengan semua tindakan abah
Sekarang baru aku tahu apa makna perbuatan abah itu
Abah pernah berkata “kali ini dia tolong anak orang, esok-esok orang tolong anak dia”

Terpana aku seketika dibuai rindu pada abah
Semakin aku dewasa semakin aku berubah mengikut jejak abah
Aku bangga bila masyarakat berkata wajahku sama semacam abah
Aku bangga punya abah yang bernama AHAMAD B. ABD HAMD

Ya ALLAH ya TUHAN ku yang MAHA PEMURAH panjangkan lah usia abah
Berilah rasa bahagia di jiwa abah dan jadikanlah aku anak yang solehah buat abah
Jangan KAU cabut rohnya saat aku belum puas berbakti padanya
Jangan KAU hantar dugaan yang tak tertanggung padanya
Kerana aku sangat mencintai dia.
Terima kasih abah.


KAWAN atau LAWAN




hidup perlu saling membantu, 

barulah dinamakan kawan,
bukan saling menikam,
dan mengkhianat dalam diam.
berseronoklah kamu dalam hilaian,
tapi ingat bila kau dah membaling aku dengan panahan,
dan lukanya amat menusuk ke dalam,
akan ku pastika parut itu tidak akan hilang.
memang aku diam dan pendam,
tapi ingat aku jenis si pejuang dalaman,
akan ku tunjuk kepada kalian
apa makna janji putaran alam.

TULIS LAH WARKAH CINTA BARU DALAM HIDUP MU


aku renung cerita silam
aku renung cinta yang pernah datang
aku singkap peristiwa lama
dan aku timbulkan persoalan 

mengapa dulu kau berjanji dengan ku
mengapa dulu kau tagih kasih ku
mengapa dulu kau ingin memperisterikan aku
dan kini semunya sudah pasti

saat aku masih menanti dirimu
menanti kau pulang dari perjuangan mu
menanti dan menagih janji mu
tiba-tiba kau pohon maaf dari ku

kau mohon aku halalkan semuanya
kau mohon aku lupakan segalanya
kau mohon aku hadiri hari bahgiamu
sungguh kejam permintaan mu bagi ku

mulutku berbicara padamu
aku halalkan semua yang berlalu
dan aku doakan kebahagianmu
namun hati ku menagis berserta sendu

aku belajar erti redha
aku belajar erti takdir
aku belajar makna jodoh
aku juga belajar erti melepaskan

aku ubat hati yg berparut
aku balut luka yg berdarah
aku ulit rasa kecewa
agar aku terus mara

cuma saat ini aku tertanya
kenapa setelah kau sah menjadi suaminya
kau kembali mencari aku??
jangan kau betindak sebegitu

kerna ini takdir dirimu...
takdir yg menentukan saat ini dia yg bergelar isterimu
dan bukannya diriku...
redha dan terima lah takdir itu...
in sha Allah waktu akan mengajar mu 
agar mencintai dia isterimu....

dan biarlah aku menjadi kisah silam mu....




Monday, 6 May 2013

leka dibuai impian





syaitan membisikkan.... 
agar aku terus kealpaan...
khusyuk melayan perasaan...
mendamba harapan pada khayalan....
leka dibuai impian palsu....

beri aku sinar kebenaran....
beri aku jalan pulang....
tujuk aku fitrah kebenaran..
agar tidak jauh tersongsang...

nafsu selalu meraja aku...
memerintah akal agar berkhayal....
mabuk aku dalam ketaksuban...
terlalu mudah mengubah arah...

ya RABB...
pulangkan aku ke saat itu...
saat pertama melihat dunia...
ketika diri masih tiada dosa...
ketika jiwa putih menyala....


Monday, 29 April 2013


sekarang baru ku kenal siapa kau sebenar....
berselindung kau di balik hijab mu....
mencuba menutup parut yang basi....

arrrggghhh 
jangan kau contohi talam itu....
bermuka-muka mengilai gembira...
jangan jadi si pendusta durjana...
kelak pasti Alam mengjatuhkan hukumannya....

aku bukan mahu mengadili...
cuma mahu memperingati diri....
kerna ku anggap kau saudara ku sendiri...
lalu aku curahkan gusar di hati...

-atashi ejah jijah-

Monday, 25 February 2013

LET RESTART OUR LIFE

MASA UNTUK BERUBAH. 
AYUH KITA MULAKAN KEHIDUPAN DENGAN NIAT MENCARI JALAN KEREDHAAN ALLAH SWT.
DAN KEMBALI KE FITRAH KITA YG SEBENARNYA.

BIARLAH DILEBALKAN SUDAH TUA BARU HENDAK BELAJAR AGAMA. 
ATAU UBAN DIKEPALA BARU NAK KENAL SIAPA PENCIPTA.
SYUKURLAH KERNA KITA MASIH DIBERI KESEDARAN OLEH-NYA.

OKEH MARI KITA MULAKAN DENGAN PERKARA PERTAMA KITA LAKUKAN SETELAH DIBANGKINTKAN SEMULA DARI TIDUR YANG SUNNGUH LENA.


  1. MULAKAN MENGEMAS TEMPAT TIDUR KITA.
  2. MEMBERSIHKAN DIRI DAN BERSUCI @ MANDI 
  3. BERSIAP SEDIA UNTUK MENUNAIKAN SOLAT SUBUH
  4. MEMBACA AL-QURAAN SETELAH SELESAI SOLAT
  5. BERSARAPAN SEBELUM MEMULAKAN AKTIVITI HARIAN
  6. KELUAR RUMAH @TEMPAT KEDIAMAN DENGAN MEMBACA AYAT KURSI
  7. SENYUM KETIKA BERJUMPA SESAMA MAKHLUK CIPTAAN ALLAH SWT.
MAKA AYUH KITA MULAKAN KEHIDUPAN HARIAN KITA DENGAN NIAT MENCARI JALAN UNTUK BERTEMU MAHA PENCIPTA KITA ALLAH SWT. 
OLEH ITU, KENA LAH BAGUN AWAL2 PAGI DAN JANGAN TIDO LEPAS SOLAT SUBUH. P/S : PESANAN UNTUK DIRI SENDIRI.

Rasulullah SAW tidak tidur selepas menunaikan solat subuh kerana Allah memberkati umat ini yang berpagi-pagi, "Ya Allah, berkatilah umatku yang berpagi-pagi." Untuk itu, para fuqaha' memakruhkan tidur selepas solat subuh.


Dinukilkan oleh Imam as-Safarini mengenai kemakruhan tidur selepas solat Subuh dan Asar :"Dimakruhkan tidurmu -wahai mukallaf- selepas solat Subuh, kerana waktu itu adalah WAKTU MENCARI REZEKI dan berusaha (syara' dan 'uruf) di sisi orang yang BERAQAL".



Telah thabit dari Nabi SAW bahawasanya Baginda berdoa kepada Allah supaya memberkati 

umatnya yang berpagi-pagi, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ashab as-Sunan yang 

empat dan Ibn Hibban dalam Sahihnya, Nabi melewati anaknya Fatimah r.ha yang sedang 

berbaring pada waktu Subuh, maka Baginda bersabda:

“Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari

 kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit

 fajar hingga terbit matahari” (Diriwayatkan al-Baihaqi)


Berkata Nabi di dalam hadith yang diriwayatkan oleh at-Tabarani di dalam al-Awsath:


“Berpagi-pagilah (subuh) dalam mencari rezeki, sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah
berkata dan kejayaan