Sunday, 28 October 2012

BERI AKU PELUANG ya RAB

bicara kata ku mulakan dengan bait suci bismillah,
hati tersentuh dan mula terpanggil untuk menulis,
apa yang harus ku coretkan pun belum ku fikirkan,
hati yang terpanggil tapi akal belum mentafsir.

ku biarkan irama zikir beralun di telinga ku,
cuba aku masuk ku dunia itu,
cuba ku pejam mata dari sandiwara dunia ini,
mengalir basah pipi ku tanpa sebarang paksaan.

aku cuba tahan air mata itu,
tapi aku tiada kuasa dan sihir yang mengawal kehandak itu,
mengesak tangisan itu dengan tiba-tiba.
mengapa dan kenapa aku cari jawapanya.

terbentak hati dan teringat kembali,
betapa banyak dosa aku tinggalkan,
baru ku sedar ramai yang membenci diriku,
sungguh banyak khilafku dahulu.

ya ALLAH mengapa aku terlalu leka,
ya ALLAH aku tewas dengan godaan dunia,
aku alpa pada siapa yang telah mencipta,
jahilnya diri ini ya ALLAH.

diam aku dalam esakkan itu,
menghitung dan mengira apa yang telah ku laku,
ya RAB sungguh tiada terhitung banyaknya dosaku.
adakah patut aku menerima ampun MU.

ya RAHIM kau lah yang maha penyayang,
aku mohon belas ihsan mu ya RAHIM,
kau berikan lah aku secubit rasa cinta untuk ku mencintai MU,
ya RAHMAN akan ku cuba mengejar cinta MU,
walau banyak dugaan menimpa ku.

menjadi saiditina AISYAH bukan mudah,
menjadi seredha saiditina KHADIJAH itu payah,
perjuangan ASIAH juga amat susah,
namun akan cuba berjuang dengan cara ku,
dan menjadikan mereka sumber inspirasiku.
 
ya ALLAH, 
ya RAHMAN, 
ya RAHIM,
berkah kan lah perjalanan yang baru ku mulai ini,
syukur aku kerna disedarkan dari hayalan palsu itu.

ya ALLAH
biar hitam masa silam ku,
biar buruk cerita hidup ku dahulu, 
biar hilang rasa riak di dadaku,
biar terpadam coretan yang busuk,
dan sejarah itu akan mengingatkan aku,
kepada KAU pencipta sebenar ku.

Sunday, 23 September 2012

Larikan aku dari ingatanmu.

bergerak aku dalam laluan ini,
aku mengharap sesuatu yang pasti,
indah atau pasrah itu yang terpaksa ku serah,
takdir itu sungguh menyakitkan,
hakikat itu aku harapkan.

benar dunia penuh dengan kekejaman,
pasti kenyataan itu sungguh memeritkan,
aku berjalan dalam kelam dan kusam,
aku mencari sinar dan cahaya alam.

saat aku sendiri aku mengingat nostalgia itu,
kenangan yang indah namun kesudahan yang payah,
mengapa masih ada ingatan itu,
mangapa kau tidak mengherat kenangan itu,
arrgghhh aku rimas dengan harapan.

sekali lagi aku bernafas,
sekali lagi aku menyerah,
sekali lagi aku menghayun langkah,
indah bukan duniawi tapi hakiki yang abadi.

ingin ku menjerit memberitahu dunia
ingin ku melebar pelangi senja,
ingin ku melukis pada langit,
biar dia tahu cerita hatiku,
biar tiada beku dalam jiwaku. 

Friday, 14 September 2012

SUARA HATI BUAT ARJUNA

cuba aku bangkit dari rasa sakit,
cuba aku buang rasa yang tersimpan,
cuba aku lari dari melihat rahsia hati,
namun aku masih tidak berjaya dalam cubaan ku ini.

berjalan aku dengan mengah,
tapi disebaliknya aku lemah,
mendongak aku melihat langit,
tapi sebenarnya hatiku teramat sakit.

mengapa aku masih diburu rasa fobia itu,
jangan hadirkan cinta lagi dihati ini,
kerna sakitnya tidak mampu ku hadapi,
biar ia kosong dan melolong lohong.

mengapa masih ada yang jatuh hati padaku,
mengapa masih ada yang simpati padaku,
mengapa masih kamu tergoda padaku,
buang lah rasa itu untuk diriku.

aku kini berjanji pada diri ini,
hanya kepada mereka yang bersumpah, 
tidak akan pernah meningalkanku,
dan akan ku cuba menerimanya, 
dengan sepenuh hati....

jika benar wahai sang arjuna,
kau melihat ku dengan sebenar,
maka mara kan lah langkahmu,
kerna aku sedang bersedia menunggu mu.





Monday, 9 July 2012

JANJI KU UNTUK KALIAN



ku tersedar dari buaian
terjaga dari mimpi yg menyirikkan
tersentak aku lalu dibagunkan
membetulkan niat untuk meneruskan perjalanan

aku di sini membulatkan azam
aku menyakinkan jiwa dan perasaan
ku tolak angan dan impian kosong
ku isi perjalanan dengan misi dan pencarian

berbeza aku dari semalam
berlari aku yang dulunya berjalan
ku tinggalkan jiwa yang mendambakan
pasang kan niat menjadi seorang pejuang

aku nekad dengan keputusan 
aku kan berkhidmat hanya untuk kalian
biar mereka rasa cinta dan kesempurnaan
kerna ku mahu lihat mereka keriangan



CERITA HATI



berat... 
sendat... 
padat dan ketat
hati aku dah tersumbat dengan beban 


berat untuk aku bukakan bicara ini
tapi ku cuba menyusun kata dan patah
biarlah lah tidak seindah madah pujangga 
namun tetap ku cuba mengolah bait- bait kata untuk di perkata


hidup ku diperdagangkan 
untuk menyulam rasa tanggungjawab
aku di beri amanah
aku di serahkan tugas


ku perlu berbakti kepada mereka
aku perlu menjadi orang yang dibangga
hidup ku perlu menjadi sempurna
jangan ada cela mahupun lara


khilaf dan cerca harus tidak pernah ada
menjadi puteri yang indah belaka
bagai tiada apa yang boleh mengaibkannya
hati perlu tekad dan bulat serta sempurna


namun kala malam tiada bintang
tika aku sendirian
air mata ku jatuh menceritakan
duka dan cabaran yang ku jalani


kamu lihat aku senyum
tapi sebenarnya aku sedang di hamun
kamu lihat aku ketawa
tapi sebenarnya aku tengah merana


di golek dan di sepak
dek kekejaman yang menjanjikan 
balasan kesenangan dan 
demi masa depan
aku terima tanpa persoalan


maaf teman aku bukan meminta simpati
aku cuma ingin meringankan beban di hati
biar hancur hati ku di simbah kilat dan halilintar
aku harus tetap meneruskan sandiwara 
demi kebahagian mereka-mereka yang ku takut kehilangan.





Saturday, 19 May 2012

KARMA DAN KESOMBONGAN



dulu ku angkuh
dulu ku megah
semua di dunia aku tawan
semua ku hendak aku dapat


berjalan aku penuh dabikkan
tidak pernah menunduk bila berhadapan
semua orang ku rasakan gampang
aah persetankan semua bisikkan


ku martabatkan diriku sebagai dewi
aku cantik dan semua ku miliki
tiada yang dapat menandingi diriku 
jangan sekali cuba kamu menyangkal hakikat itu


berjalan aku di taman larangan
terlihat di situ anak muda keseorangan
nafsu serakah ku menginginkan
tiada siapa akan dapat menghalang


tetapi begitu lantang anak muda menepis ajakkan
hati ku terguris dengan hinaan
amarah ku datang dan anak muda ku tikam
aku dewi ratna ratu kayangan
pantang hendak ku kau patahkan


tindakan aku dikecam dunia
aku dipersalahkan kerana terlalu manja
mengikut segala inginnya jiwa
tanpa rasional dan waras di utama


lari aku kerana amukkan rakyat jelata
menyorokkan diri di dalam sempitnya gua
namun angkuhku masih tinggi dan nyata
ku terjumpa perigi yang airnya menyelera


aku rakus dan meminum air itu
lantas seketika aku mengelupur di situ
apa ada di dalam air itu
rupanya ia racun yang membunuh ku


wajah jelita ku bertukar menjadi debu
diriku hancur menjadi abu
adakah ini karma dari kehidupan ku
kisah silam ku yang penuh megah menipu


adil sungguh putaran alam
tidak akan terlepas dari hukuman
biar ku lari menyembunyikan 
tetap ku akan mendapat hitungan.

KHILAF KU KERANA NAFSU



malam itu
rasa terinspirasinya diriku
ku capai telefon bimbit itu
menaip mesej tanpa rasional
mengikut kata nafsu serakah


diri rasa pantas ku bilang saja
monoloq dalaman terus memakan rasa
apa pantas aku terus berbicara
dan lantas ku cari bait-bait kata
tanpa berfikir ku terus meluahkannya


tindakan tidak waras apa yang telah ku ambil
mana adat dan santun ku sebagai muslimah
ikut sangat kata hati yang mudah terpanah
sudah hilang maruah yang ku war-warkan selama ini
aahhh lemah sungguh iman ku di goda syaitan


kini aku duduk terdiam
memandang dalam wajahku di cermin
malu aku dengan semua tindakan
bagai hilang maruah dan aibku dicanang
bukan salah semua orang
tapi aku sendiri yang menjadi petualang


memang tidak patut semua tindakan
kerana kini aku sudah kehilangan teman
tiada sudah dapat ku kembalikan
cuma yang tinggal aku hanya boleh meminta kemaafan
ku berharap kau bisa memberikan keampunan
biarpun lama masa diperlukan
aku akan tetap menantikan...



Saturday, 12 May 2012

KAU JUAL AIBKU


ku di bentak
ku di campak
ku di sepak
ku di hentak

kau ludah takkala melihat aku
kau jeling bila ku lalu

hati aku sakit bila kau herdik
hati aku perit bila kau pekik
apa telah ku buat sehingga kau meluat
apa kau dengar sehingga kau menghindar

fitnah itu yang kau percaya
nista itu yang kau suka
apa dosa aku dicerca
apa perlu untuk ku berduka

jahat aku kau jaja
buruk aku kau buka
maruah aku kau cela
hidup bagai dalam neraka

Thursday, 10 May 2012

SENDIRI



hari ini aku berjalan sendiri,
menguji erti apakah hidup menyendiri,
ku menikmati hayunan kaki yang seperti menari-nari,
bebas terasa erti mengekplorasi bumi.


ku tolak segala pandangan yang merejam,
tidak ku hirau busuknya ejekkan,
mencerca lah kamu sehingga hilang kata,
kerna akhirnya akulah sang juara.


ku pasangkan lagu kedengaran di telinga,
bibirku bersama menyanyi gembira,
indahnya hari penuh dengan jenaka,
marilah ketawa selagi masih bernyawa.


hari ini aku merasa dewasa,
ku tinggalkan ketakutan di dalam gua,
mendabik dada menambah ilmu di dunia,
hey ejah kau sudah bisa mengalahkan kutukkan
membebaskan ragamu dan berkeliaran lah di awangan.

SI BENCI DAN AKU



dia senyum padaku,
terkaku dan tergaman diriku.


adakah ikhlas senyuman itu.
atau dia terpaksa bertindak sebegitu.


si BENCI bagaikan ingin menyapa denganku,
ku jua rasa ingin beramah mesra dengannya.


tapi egoku meninggi dan muram mengakhiri,
sudahnya kami akhiri dengan rasa kekok yang mendatangi.


si BENCI beraksi dengan positif eksperasi dan aku membalas tulus dari hati,
ku berharap suatu hari aku dan si BENCI akan duduk berbicara mengenali.

Wednesday, 9 May 2012

PELANGI ITU SEMENTARA



dua pasangan yang duduk bersampingan
apa yang kau dapat takkala duduk bersama
timbulkah rasa cinta atau suka-suka
adakah ini sandiwara dunia semata


cinta akan membutakan jiwa dan raga
akan ada hati yang terluka merana
meratap menangis takkala kecewa
itukah makna keindahan dalam cinta


duduklah bersama dengan jiwa bersahaja
layanlah dia atas dasar sahabat sahaja
jangan menaruh harapan agar dapat bersama
kelak kau sensara meranapkan jiwa muda


hiduplah kau untuk bersuka
bukannya menangis asyik terluka
kejarlah pelangi yang indahnya sementara ada
kerna bila tiada kau harus berjalan di bawah teriknya cahaya...

Lihat ibu siapa yang pulang...

ibu..
lihat itu siapa yang pulang
itu awang anakmu tersayang
membawa selendang untuk kau sarungkan
tapi sayang selendang itu bercompang campingan


ibu...
riak mu tiada dapat ku tafsirkan
mengapa ada duka dalam tawaan 
tetapi tetap bicaramu mendamaikan
kau bagai mengerti apa yang terjadi pada awang


aku ini hanya anak kecilmu ibu..
tapi kedut diwajahmu itu dapat ku tahu
hati mu di robek khilafnya awang
tetapi kau diam tidap pernah menampakkan


anak kecil ini teriak ketakutan
sungguh pun teriak masih tidak cukup meringankan
rahim mana yang tidak kesakitan
jika warisnya selalu menjadi hinaan


aku tunduk mengalih pandangan
tidak dapat ku pandang matamu yang kemerahan
tergoncang sakit bagaikan ribut dan taufan
betapa kuat kau meneruskan perjalanan.

Thursday, 3 May 2012

LIHAT GADIS LEMAH ITU





Personalitinya sukar digambarkan bagaikan memiliki dua personaliti yang berbeza. Saat pelbagai permasalahan mendatang padanya wajahnya bagai menayangkan getaran perasaan yang berlegar di dalam hatinya.


Gadis itu lemah fizikalnya. Ancaman cuaca dan takkala kesibukan serta kepenatan menghambatnya dia kan rebah dan tersungkur kelelahan. Dia sangat lemah umpama ikan yang tidak mampu hidup dan berenang dengan riang jika tiada air yamg memeberikan kehidupan.


Gadis itu lemah tapi masih bertuah, kerana mempunyai sahabat yang mengelilingi dan menjaga setiap gerak dan geri. Gadis itu bergantungan dengan temannya. Kerna selalu diserang dengan penyakit yang sering menerkam, dia sangat memerlukan jagaan teman.


Gadis lemah itu lembut hatinya,apabila berbicara tentang cinta, mudah saja dia terpedaya. Sebaik saja jatuh cinta dia juga cepat menderita. Kerna hatinya yang mudah di sentuh dan juga mudah tersentuh, maka terkecailah jiwa yang halus. Tuah gadis lemah itu sangat malang dalam alam percintaan. Selalu ditinggalkan dan sering diserang kebencian.


Namun gadis itu punya harapan. Untuk merasai cinta dan kebahagian. Meneruskan perlajalanan kehidupan dengan menyemai benih harapan di setiap hari mendatang. Berdoa akan menemui cinta sejati yang sakti. dan berharap alam akan turut sama memberkati.

TAFSIRAN KEKECEWAAN



Sahabat saya bukan marah,
Saya bukan mahu menyumpah seranah,
Saya cuma rasa sedikit mengah,
Dan ingin meluah rasa gundah.

Saya percaya pada baiknya bicara,
Saya sayangkan indahnya seloka,
Bersyair molek penuh syahdunya,
Oleh itu jangan di salah tafsir kata-kata.

Jika di ikut nafsu binasa,
Maka rosaklah akhlak dan jiwa,
Terkapai kita dalam dunia,
Hayut melawan arus ke syurga.

Mengapa hati yang memberontak dijulang,
Sedangkan kita tahu ianya akan menjadi petualang,
Atau sebenarnya kita sengaja mendiamkan,
Kerna manusia sekarang sukakkan kekejaman.

Dunia sekarang sudah berlipat,
Yang santun diherdik yang lantang dimartabat,
Puitis bicara digelar lama,
Luahan kesat bahasa di gelar merdeka.

Sudah bersimpang siul jadinya pendirian,
Manakah betul menjadi persoalan,
Di cari nenek moyang untuk meminta pandangan
Tapi akhirnya tersesat dalam taksubnya pencarian.



Wednesday, 2 May 2012

BOSAN

apa erti kebosanan??
megapa begitu cepat keletihan
lelah dengan menabur pengharapan
tanpa ada semangat untuk meneruskan


hidup perlukan cabaran
barulah penuh dengan kenikmatan
adakala duka dan meriangkan
adakala tersenyum dan kesakitan


aku sebenarnya penat untuk berjalan
membawa impian untuk masa-masa hadapan
tolong aku wahai kehidupan
terbangkan aku ke arah indahnya perjuangan


angin bawa aku pada awan
biar ku rasa lembutnya hamparan alam
hapuskan aku daripada syak dan keraguaan
untuk aku buang rasa kebosanan

Friday, 27 April 2012

MERAHNYA SUBUH



dingin subuh membangkitkan jiwa
manusia ada yang terjaga dan ada yang masih lena
ku kepakan sayap jendela dan menghela nyamannya udara
langit bagai tersenyum dengan merahnya cahaya

sungguh nikmat dapat ku rasa
bagai ada tawa yang mengembirakan jiwa
subuh itu indah dan sungguh perkasa
ada kuasa yang di bawa bersama


melihat langit yang membiru lembut
hati bagai terasa tersahut
perasaan membelai lembut
inilah ciptaan yang tiada kata bisa di sebut


cahaya merah bergerak pantas bagaikan ada tugas
hanya datang untuk memulakan perjalanan harian
berita di khabarkan dengan terus melangkah meninggalkan
hati kini disisipkan dengan nyamannya ketenangan


ku sahut semangat cahaya subah hari
bangkit terasa seperti baranya api
mari kita berkejar mancari jati diri
agar dunia ini dapat kita nikmati

Thursday, 26 April 2012

SANTUN SEDANG DIPERGADAIKAN


dunia berputar ligat
manusia semua sedang berhambat
mengejar pangkat dan darjat
dengan sewenangnya dijual martabat

puitis kata dan baik bicara
semua hilang pupus dijiwa
adakah manusia sudah alpa
pada indah susunan bahasa

menangis si pujangga duduk mengenang
mengapa kebudayaan sedang dibuang
di mana pergi sifat si pejuang
adakah kita semua si tanggang

anak muda kini hilang sopan
tuturnya kasar dan menyakitkan
bila jiwa tergongcang kata turut dihancurkan
hilanglah malu dalam menyatakan
adakah ini ganjaran kemodenan.

SAUDARA SERAHIM KU






mengapa takkala dulu kita asyik berkelahi,
mesti ada dendam, mesti ada benci,
tidak pernah ada cinta, 
walau kita dari rahim yang sama,
bisa kata buat kita lupa rasa kasih rasa cinta.

merenung kembali kehidupan silam,
mengundur masa dan duduk mengenang,
indah tiada hanya kekesalan,
kesal bukan kerana kebencian,
tapi kerana hati pernah menidakkan kebahagian.

berjalan aku di laluan kenyataan,
atur kehidupan tanpa sebarang bantuan,
belajar jatuh belajar tenggelam,
mengenal dunia di perspektif berbeza,
menolak angan yang dulu fantasi belaka.

berderau darah bergongcang parah,
takkala di uji ujian payah,
tapi aku tidak akan menyerah,
kerna kau saudara serahimku yang telah bersumpah,
biar diserang bala manusia janji kita setia semati.

tiada patah yang paling indah,
untuk ku gubah meluah penghargaan,
cuma doakan kepada si PENCIPTA ALAM,
ku bersyukur kau telah menghadiahkan,
sebuah ikatan yang bergelar persaudaraan.
dan kau sentiasa melangkapkan diriku yang kekurangan. 




MAAFKAN KHILAF KU


ermmm mengeluh aku dengan kehidupan ini... mencari dimanakah silap dan salah yang telah aku lakukan... ermmmm peliknya ketika kita mencapai kebahagian yang menggunung tiba-tiba ia dihancurkan dengan sekelip mata..... aku melakukan semua itu bukan kerna aku mahu menyakiti hati mu wahai guru ku.... ku cuma ingin meluangkan masa bersama-sama sahabatku.... menemani mereka di saat suka dan duka... mungkin aku pernah melakukan kesalahan... tapi kerna aku ini manusia biasa kadang-kadang perasaan ingin melakukan kesilapan itu turut menghantui diri ini.... oleh itu guru ku pohon kemaafan dari diri mu andai ada kesalahan dari diriku.... salam kemaafan dari ku... 

sesak nafas ku ini...


pelbagai persoalan terpasak aku hadapi... 
kusut nya... 
helaan nafas ku menjadi semakin kalut... 
setiap detik aku merasa kan penyakit ku semakin kronik... 
pabila ku merasakan kepenatan, 
mengah dan terlalu tergopoh gapah, 
dada ku mulai sesak... 
nafas yang ku hela bagai tiada rasa udara.... 
mengapakah kejadian ini berlaku... 
hampir setiap minggu aku akan diserang oleh sesakkan mu....
adakah dengan hanya perlu berpura-pura bahawa kau telah tiada....
akan memrealisasikan hayalan menjadi kenyataan dan kepastian..
namun pada hakikat sebenarnya....
hanya alam dan kehidupan akan mengatur aturan dengan tanpa menghiraukan belas kasihan...

terima kasih kerna menghadiahkan kekecewaan ini


bosan nyer dengan kata2 manis dan segalanya yg saudara ungkapkan.... 
saudara pernah berkata dahulu...
jangan menghukum golongan saudara... 
tidak salah untuk memaafkan dan menerima golongan saudara....
saya berfikir.. 
dan terus berfikr... 
kerna saya adalah seorang wanita yang sangat lembut hatinya dah akan mudah memaafkan dan melupakan segalanya... 
maka saya menerima....
namun bila saya dah mampu membuka hati saya untuk merasai makna kehidupan itu......
saudara pula hanya berpura-pura... 
ada agenda besar disebalik semua ini rupanya.....
terlalu berat untuk saya mempercayai kenyataan ini... mengapa hati saya selalu dipermainkan???
apakah maknaya diri wanita ini wahai sang lelaki... sekadar mainan...??? 
sekadar boneka tanpa perasaan...???
atau sekadar berangan untuk ditukar gantikan...??
salah siapakah ini...??? 
salah diri wanita kah yang memberikan kepercayaan terhadapmu....
atau sebaliknya itu adalah cara diri mu berburu...???
maafkan wahai saudara... 
saya melepaskan rasa kebencian terhadap dirimu melalui kata-kata....
maafkan saya jikalau tiada lagi rasa dihati saya untuk golongan mu saudara....
saat ini saya putuskan biarlah takdir menentukan segalanya....
saat saya mencoretkan semua duka di dada...
ada satu iringan luka yang mengalir bersama...
betapa saya kesal kerna pernah mempercayai janji-janji pastik mu itu...
betapa saya kecewa kerna pernah menaruh harapan ku padamu...
terima kasih kerna pernah bersandiwara dengan saya...
saya harap saudara berasa terhibur dengan kisah yang saudara pentaskan ini...
terima kasih kerna pernah membodohkan diri saya....
semoga ini lah kesudahan pementesan yang terbaik baut saudara...
tidak perlu melafazkan ugutan-ugutan mu lagi... 
tidak perlu memperolok-olokkan saya lagi...
selepas ini saya akan mengundurkan diri... 
watak saya sudah tamat di sini...
terima kasih  kerna menghadiahkan kekecewaan ini.....
selamat tinggal dunia pementasan boneka cinta.... 
selamat tinggal cinta yang bersandarkan sarakah nafsu dunia...